teknologi maklumat

^^

Sunday 23 October 2011

Pengajaran Suku Kata

Suku kata terbuka. Mari kita belajar bersama-sama.

Sunday 9 October 2011

Alphabet songs


Saya memilih lagu ini untuk mengajar murid Tahun 1. Lagu ini dapat menarik murid Tahun 1. Murid-murid saya berasa seronok apabila saya menayangkan video ini kepada mereka. Semua murid dapat menyanyikan lagu ini selepas pengajaran dan pembelajaran. 

Thursday 6 October 2011


TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.  Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.  

 
Teknik-teknik Pengajaran Bahasa

  • Teknik main peranan  
  • Teknik permainan bahasa  
  • Teknik latih tubi  
  • Teknik bercerita
  • Teknik inkuiri  
  • Teknik perbahasan  
  • Teknik kuiz  
  • Teknik sumbangsaran  
  • Teknik soal jawab 
  • Teknik drama  
  • Teknik perbincangan
 


 

Sunday 2 October 2011

Menghadiri Kursus KSSR Pendidikan Jasmani Tahun 2/2012

   Saya telah menghadiri Kursus KSSR Pendidikan Jasmani Tahun 2/2012 pada 26-9-2011 hingga 29-9-2011.  Perkara-perkara yang dapat saya mengetahui dalam kursus ini adalah cara dan aktiviti yang sesuai dan berkesan untuk mengajar murid-murid Tahun 2, bagaimana menulis RPH Pendidikan Jasmani.
   JU kursus ini telah memberi taklimat kepada kami tentang pengoperasian dan pentaksiran berasakan sekolah (PBS). Selepas taklimat ini, saya lebih jelas dan memahami apa harus saya buat semasa saya mengajar Pendidikan Jasmani di sekolah  pada tahun depan.









   Saya juga akan memberi in-house training kepada rakan-rakan di sekolah. Saya berharap saya dapat menjalankan tugas saya dengan lebih sempurna dan menyampaikan semua info  kepada rakan-rakan sekolah yang saya dapati pada 4 hari kursus ini.